Menu

CLOSE

Search This Blog

Monday, March 2, 2020

Karangan UPSR - Ibu Saya

Karangan UPSR - Ibu Saya

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.

Nama ibu saya ialah Mei Mei. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang rajin. Beliau melakukan tugas-tugas setiap hari. Ibu sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.

Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu jarang memarahi kami. Beliau sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa-apa kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.

Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu hari nanti.

(156 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment