Karangan Bahasa Melayu - Kawan Baik Saya
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjang karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan.
Soalan:
Setiap orang pasti mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang baik.
Ceritakan tentang kawan baik kamu.
Kawan baik saya bernama Amir. Dia seorang yang sangat peramah dan sentiasa sedia membantu orang lain.
Kami sudah bersahabat sejak darjah satu. Setiap kali ada kerja sekolah yang susah, Amir akan membantu saya memahaminya. Dia juga pandai dalam sukan, terutamanya bola sepak. Pada waktu rehat, kami selalu bermain bola sepak bersama-sama di padang sekolah.
Selain itu, Amir juga seorang yang jujur dan boleh dipercayai. Saya bersyukur kerana mempunyai seorang kawan seperti Amir yang sentiasa ada di sisi, baik dalam suka mahupun duka.
No comments:
Post a Comment